LAUGH IF YOU GET IT :p
-The man was chosen to be on "Millionaire" and found his best pal, who wasn't too clever, insisting that he should be his 'phone a friend'. The man got to the million pound question, which was - 'Which animal lives in a set?' He used his 50/50 to leave him either a badger or a cuckoo. He phoned his friend and his friend gave him the correct answer - a badger. When they met after the show, the winner asked his friend how he had known the correct answer. 'It's easy', came the reply. 'Everyone knows that cuckoos live in clocks'.
-'Waiter, can I have soup in a basket please', asked the customer, trying to amuse his pals. Seconds later the waiter came back with a basket and dumped it on the table. The contents gradually went over the customer's clothes 'What's this?' cried the customer. 'It's leek soup', came the waiter's reply.
-What's red and invisible? No tomatoes.
-A man walked into a pub with a roll of tarmac under his arm. 'A drink for me ', he said, 'and one for the road'.
-What did the grape say when it was run over by a car? nothing - it just let out a little wine.
-Paul-'My dog's got no nose'
Alfie-'How does he smell?'
Paul-'Terrible'.
-What does a rabbit put on his bald patch? Hare restorer.
-Have you heard the joke about the three wells? Well, well, well.
-What did the zero say to the eight? "Mmm, nice belt!"
-Have you heard the joke about the empty bucket? There's nothing in it.
-There were two fish in a tank. One turned to the other and said: 'How do drive this thing?'
-What is black and white and 'red' all over? A newspaper of course.
-A man went to the doctor and said that he was sore all over and couldn't work out what was wrong. He touched his own head with his finger and screamed. He touched his arm with his finger and screamed. After the patient had done the same with his kneecap and his foot, the doctor spoke. 'It's simple', he said. 'You've got a broken finger'.
-What do ducks eats with heese? Quackers.
LOL HAD ENOUGH? MORE COMING. TO BE CONTINUED...
TUNGKU, Khamis, 18 Julai. - Sebanyak 5,338 pelajar dan belia hari ini menyertai Majlis Khatam Al-Qur’an 67 Kali yang diadakan serentak di keempat-empat daerah di seluruh negara.
Majlis Khatam Al-Qur’an 67 Kali anjuran Kementerian Pendidikan bersama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) itu bersempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-67.
Di Daerah Brunei dan Muara, seramai 1,800 pelajar dan belia perempuan termasuk pasukan-pasukan beruniform perempuan tidak ketinggalan menyertai majlis tersebut berlangsung di Masjid Univerisiti Brunei Darussalam, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah beramai-ramai diikuti dengan bacaan khatam.
Pada majlis itu, bacaan Doa Khatam dibacakan oleh pelajar Sekolah Menengah Berakas, Dayangku Amal Zahirah binti Pengiran Haji Jofri, Johan Pertandingan Musabaqah Tilawatil Qur’an Antara Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Tahun 2013 sementara bacaan Doa Selamat Allah Peliharakan Sultan dibacakan oleh Dayang Amal Nadhirah binti Mustaffa dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.
Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Pengiran Hajah Sarah binti Pengiran Haji Kamaluddin.
Selesai Majlis Khatam Al-Qur’an 67 Kali itu para hadirin juga menunaikan Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah di masjid berkenaan.
Inisiatif mengkhatam Al-Qur’an 67 kali di peringkat institusi pendidikan kerajaan dan swasta merupakan kesinambungan dari usaha Kementerian Pendidikan dan KKBS pada tahun lepas melibatkan para pelajar peringkat pendidikan rendah, menengah, Institusi Pendidikan Teknik dan Vokasional serta Institusi Pengajian Tinggi dan para belia.
Majlis ini juga bertujuan mengambil sukut baik bulan Ramadan 1434 Hijriah dengan memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk-Nya.
Usaha ini juga bagi menzahirkan kesyukuran rakyat dan penduduk negara ini atas limpah rahmat dan nikmat Allah Subhanahu Wata’ala yang menjadikan Negara Brunei Darussalam sentiasa dalam keadaan aman sejahtera di bawah kepimpinan bijaksana baginda.
Mengkhatam Al-Qur’an 67 kali ini juga bertujuan menanamkan dan menyuburkan budaya membaca, mempelajari dan menghayati Al-Qur’an serta mengamalkan ajaran-ajarannya sebagai amalan harian untuk kepentingan diri, agama, bangsa dan negara bagi semua warga pendidikan dan para penuntut.
Selain itu inisiatif ini turut menjadi usaha untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah Negara Zikir di samping sebagai penghayatan terhadap falsafah negara, Melayu Islam Beraja.
(sumber):


























